KUMPULAN Aisunam pernah melakar sejarah tersendiri kerana bermula menerusi pertandingan dan mewakili Malaysia pada Asian Beat Grand Final di Jakarta, Indonesia pada 2005 dan Taipei, Taiwan pada 2007.
Mereka juga diangkat sebagai Juara Rentak Ryhthm” pada 2008. Selain itu, Aisunam juga pernah mewakili negara ke London dalam pertandingan World Battle of the Bands (GBOB).
Selain memenangi pertandingan sebagai kumpulan muzik, mereka juga berjaya membawa pulang anugerah untuk pemain bass, pemain gitar dan pemain dram terbaik.
Selepas 10 tahun, Aisunam yang dianggotai oleh Fauzi (vokal dan gitar), Alan (bass), Boy Razak (keyboard) dan Ijat Log (dram) kini tampil dengan single terbaharu berjudul Kebangkitan.”Kami bangkit dari segi komitmen, konsep, sound (bunyi) dan barisan anggota yang baharu.
“Kebangkitan ini adalah satu permulaan langkah Aisunam untuk terus berjuang memartabatkan muzik rock Malaysia.
“Tak ketinggalan ia juga satu semangat kebangkitan untuk semua rakyat
Malaysia bahawa mereka harus bangkit dalam keadaan sekarang melawan Covid-19,” katanya.
Menurutnya, lagu Kebangkitan itu juga mengajak semua pihak supaya reda dan berdoa di atas ujian.
“Kita perlu terus bangkit walau apa ujian yang tiba. Jangan kita sentiasa menyalahkan orang atas ujian hidup yang kita lalui,” katanya.Aisunam yang diterbalikkan daripada ejaan manusia pernah hadir dengan beberapa produk.
Antaranya, mereka pernah tampil dengan album Aisunam Vs The Federated pada 2009, Album FGI terbitan Zanzibar Record (2000), single Aisunam feat Wahid Senario berjudul Tempe Ke London (2010) dan single Aisunam feat Kazar lagu cover Madah Berhelah (2011).
Ditanya ke mana menghilangnya mereka selama ini, Fauzi berkata, kesemua mereka tidak dapat memberi komitmen selain mempunyai masalah peribadi masing-masing.
“Kami buat keputusan muncul semula atas permintaan daripada peminat. Kami akan keluarkan single setiap dua bulan sekali.
“Single kedua kini masih dalam proses. Ia akan dikeluarkan pada pertengahan bulan depan.
“Ia bermakna dalam tahun ini Aisunam akan menghasilkan enam single,” katanya.
Aisunam yang ditubuhkan pada 1998 menampilkan gabungan elemen muzik yang unik seperti gothic, symphonic dan metal dalam muzik yang dihasilkan mereka sepenuhnya dalam konsep Melayu.
Kebanyakan lagu dan lirik mereka membawa idea cinta, kedamaian dan kebenaran hidup.
Disiarkan pada: Februari 10, 2021 @ 6:15am
![](https://arproductions.com.my/wp-content/uploads/2024/09/AISUNAM-1-1024x1022.png)
From left ijat Drummer/lan snack Bass/ Puzi Vocal/Boyrazak keys
![](https://arproductions.com.my/wp-content/uploads/2024/09/AISUNAM-3-1-1024x446.png)
![](https://arproductions.com.my/wp-content/uploads/2024/09/AISUNAM-2.png)
![](https://arproductions.com.my/wp-content/uploads/2024/09/AISUNAM-7-1024x813.jpg)
![](https://arproductions.com.my/wp-content/uploads/2024/09/Screen-Shot-2024-09-19-at-5.59.38-PM.png)
opening concert at led zeep Kuala Lumpur malaysia (semangat zaman)
Premiered Jan 21, 2021
Premiered Jan 14, 2023
Premiered Jan 12, 2012
![](https://arproductions.com.my/wp-content/uploads/2024/09/18274985_1519145561450621_3241933103084256005_n.jpg)
![](https://arproductions.com.my/wp-content/uploads/2024/09/18275238_1519145978117246_1900378222402916477_n.jpg)
![](https://arproductions.com.my/wp-content/uploads/2024/09/18341675_1519145918117252_7711842721111574718_n.jpg)
![](https://arproductions.com.my/wp-content/uploads/2024/09/IMG-20170421-WA0028-1024x767.jpg)
![](https://arproductions.com.my/wp-content/uploads/2024/09/18402997_1519146621450515_8537567019763900045_n.jpg)
![](https://arproductions.com.my/wp-content/uploads/2024/09/IMG-20170421-WA0028-1-1024x767.jpg)
![](https://arproductions.com.my/wp-content/uploads/2024/09/IMG-20170422-WA0007-1-1024x576.jpg)
![](https://arproductions.com.my/wp-content/uploads/2024/09/IMG-20170422-WA0042-1-1024x576.jpg)
![](https://arproductions.com.my/wp-content/uploads/2024/09/IMG-20170422-WA0044-1-1024x576.jpg)
![](https://arproductions.com.my/wp-content/uploads/2024/09/IMG-20170422-WA0045-1-1024x576.jpg)
![](https://arproductions.com.my/wp-content/uploads/2024/09/IMG-20170422-WA0046-1-1024x576.jpg)
![](https://arproductions.com.my/wp-content/uploads/2024/09/IMG-20170423-WA0018-1.jpg)
![](https://arproductions.com.my/wp-content/uploads/2024/09/IMG-20170423-WA0019-1.jpg)
![](https://arproductions.com.my/wp-content/uploads/2024/09/IMG-20170423-WA0020-1-698x1024.jpg)
![](https://arproductions.com.my/wp-content/uploads/2024/09/IMG-20170423-WA0022-1.jpg)
![](https://arproductions.com.my/wp-content/uploads/2024/09/IMG-20170423-WA0023-1.jpg)
![](https://arproductions.com.my/wp-content/uploads/2024/09/IMG-20170423-WA0024-1.jpg)
![](https://arproductions.com.my/wp-content/uploads/2024/09/IMG-20170423-WA0025-1.jpg)
![](https://arproductions.com.my/wp-content/uploads/2024/09/IMG-20170423-WA0026-1.jpg)
![](https://arproductions.com.my/wp-content/uploads/2024/09/IMG-20170423-WA0027-1.jpg)